Kira-kira jam 11 malam. Tiba-tiba saya terasa seperti mahu melawati laman facebook lalu saya pun meneruskan niat itu. Saya lihat ada komen dalam PERTINA sekolah. Saya melihat komen tersebut. Komen tersebut merupakan komen daripada teman sekolah saya semasa di sekolah iaitu Adam. Komennya adalah “muktamad, jam 10 pagi..KFC temerloh, 1hb februari..sume yang letak nama nak jd fasi, kne hadir untuk 'pencerahan' n untuk sedut2 ape yg patot serta ber 'share' idea...sila bg kerjasama..tQ”. Saya pun tergelak membaca komen tersebut. Tak sangka Adam seorang yang kreatif dalam membina perkataan kerana boleh membina perkataan ber’share’ yang saya sendiri pun tak pernah terpikir. Sebenarnya Adam hendak memberitahu kami semua tentang perjumpaan kami,pelajar tingkatan enam tahun 2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka(SMKSJ) yang akan menjadi fasilitator dalam satu program di sekolah kami. Program tersebut merupakan program untuk pelajar-pelajar tingkatan enam sekolah kami tetapi cikgu memberitahu kami bahawa program tersebut telah menjadi program peringkat daerah dan kami, alumni SMKSJ diminta untuk mengendalikan program tersebut. Program tersebut akan berlangsung pada 11 sehingga 13 Februari 2011.
Ulasan: Ayat-ayat yang menggunakan bahasa rojak seperti ini sering kita lihat atau dengar di mana-mana sahaja. Pelbagai perkataan telah dicampur-adukkan. Namun begitu, perkataan atau ayat-ayat seperti ini tidak boleh diamalkan dalam kehidupan kerana iai mampu merosakkan bahasa kita.
No comments:
Post a Comment