Kira-kira jam 10.30 pagi. Saya baru selesai menghadiri kuliah di Proton City. Jadi, saya dan dua orang sahabat saya iaitu Fairus, yang sangat menyukai kucing (boleh dikira pencinta kucing) dan Miera, yang suka mengenakan saya (dalam diam mengambil gambar saya) bercadang untuk pergi ke perpustakaan. Kami dengan sabar menunggu bas dari kampus walaupun kadang-kadang kedengaran suara bebelan halus tentang kelewatan bas tersebut. Antaranya, “Mane pak cik ni..dah penat dah tunggu ni..ni mesti dok lepak jer kat kampus tu..bukan nak datang ambik orang kat PC ni..dah tau ramai orang”. Kata-kata seperti ini sering kedengaran setiap kali terpaksa menunggu kedatangan bas yang agak lewat.
Komen: Penggunaan perkataan dok merupakan singkatan daripada perkataan duduk yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment