SINAR FM
Pagi ini saya dan Mira bergegas ke tempat menaiki bas untuk ke Proton City. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Nampaknya, hari ini kami akan terlewat lagi untuk ke kelas. Nasib baik, kami sempat menahan bas untuk ke Proton City kerana bas tersebut sudah bergerak sebelum kami tiba di tempat menunggu bas. Semasa di dalam bas, pemandu bas tersebut memasang radio Sinar fm. Saya hanya mendengar sahaja celoteh penyampai-penyampai radio tersebut. Namun begitu, saya tertarik dengan penyampai radio tersebut iaitu Salleh Yaakob yang menterjemahkan lagu bahasa Inggeris dan menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu. Walaupun, pada awalnya bunyinya agak pelik kerana kebiasaannya kita mendengar lagu tersebut dalam bahasa Inggeris, namun jika diamati, bunyinya agak menarik.
Ulasan : Pada pandangan saya, usaha penyampai radio tersebut untuk memartabatkan bahasa Melayu sangat murni kerana tidak ramai orang yang mempu berbuat demikian. Hal ini demikian kerana masyarakat kini lebih suka mengagungkan bahasa asing dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment