Jam menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi. Ini bermakna kelas akan berakhir sebentar sahaja lagi. Saya sudah tidak sabar-sabar untuk keluar daripada bilik kuliah. Saya berasa sangat mengantuk semasa berada di dalam kelas. Setelah kelas tamat, saya, Mira dan Yus bergegas keluar daripada bilik kuliah. Kami perlu cepat kerana kami perlu menghadiri kelas yang seterusnya di Proton City pada pukul 11.00 pagi. Semasa sedang menunggu bas untuk ke Proton City, saya terpandang sehelai kertas yang ditampal di kawasan tempat menunggu bas. Kertas tersebut merupakan kertas sebaran untuk pelajar dari Terengganu yang ingin pulang ke Terengganu. Walaupun tarikhnya sudah berlalu, namun kertas tersebut tidak ditanggalkan. Terdapat pelbagai kesalahan ejaan di dalam kertas sebaran tersebut. saya mengagak bahawa orang yang menulisnya sengaja mengeja perkataan dengan salah. Antaranya perkataan balek, dan telipun. Selain itu, terdapat dialek Terengganu yang turut diletakkan di dalam kertas sebaran tersebut iaitu “Derah2, tempoh lalu, kekgi x dang balik kapong”.
Ulasan : Penggunaan dialek dalam kertas sebaran ini sering kita lihat setiap kali pelajar akan bercuti terutamanya untuk pelajar-pelajar Terengganu dan Kelantan. Banyak kertas-kertas sebaran akan ditampal sama ada di kolej, kampus mahupun tempat menunggu bas.
No comments:
Post a Comment