Hari ini saya ke kelas seperti biasa tapi saya mengalami sakit perut yang teramat sangat. Saya rasa penyakit gastrik saya telah kembali menyerang setelah hampir tiga bulan. Tapi saya gagahkan juga kaki untuk pergi ke kelas sebab malas nak pergi klinik untuk dapatkan borang cuti sakit. Tiba di pintu kaca sebelum masuk ke kawasan kelas, kawan saya menolak pintu tersebut tetapi pintu tersebut telah dikunci. Kami lihat di dalam kelas tidak ada seorang pun pelajar. Yus pun menghubungi kawan sekelas kami yang lain dan mereka memberitahu bahawa kelas Modal Insan pada hari itu telah dibatalkan. Ruginya saya sebab tak tahu awal-awal. Kami tidak pulang terus ke rumah kerana selepas dua jam, kami masih ada kelas di Proton City. Selepas menemani dua sahabat saya makan di kafetaria, mereka pula menemani saya berehat di surau disebabkan keadaan saya yang sakit ketika itu. Saya pun berbaring dan tertidur kerana malam tadi tidak dapat tidur lena akibat gastrik. Selepas habis kelas di Proton City, kami pun pulang ke rumah menaiki bas seperti biasa. Selepas solat Zuhur pula, kami pun bersiap untuk menghadiri seminar untuk kursus Keterampilan Penulis yang diadakan di perpustakaan. Walaupun masih terasa sakit, saya tetap menghadiri seminar tersebut kerana ada markah untuk kehadiran. Selepas itu, sahabat saya yang baik hati (Miera dan Yus) telah memaksa saya untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya dengan berat hati menurutnya dan kami pun pergi ke klinik kesihatan UPSI. Doktor memberikan resit ubat-ubat yang perlu saya dapatkan. Setelah selesai, kami pun berjalan keluar daripada klinik tersebut. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedai berdekatan dengan Muzium UPSI yang menjual laksa dan bihun sup. Disebabkan saya hanya minum air soya sebelum menghadiri seminar, Miera dan Yus memaksa pula saya makan supaya dapat mengalas perut sebelum makan ubat. Semasa makan, kami terpandang sebatang pokok. Kami pun berbual mengenai pokok tersebut.
Yus: Macam pokok katak puru kan?
Miera: Hah, katak puru?
Yus: Miera panggil gape pokok tu?
Miera: Miera panggil pokok nanam. Cem?
Saya: Cem panggil asam katak.
Yus: Macam-macam panggilan dia.( sambil ketawa bersama-sama)
Komen: Walaupun nama dan sebutan yang digunakan berbeza, namun perkara yang dirujuk merupakan perkara yang sama. Hal ini demikian kerana setiap negeri mempunyai dialek atau sebutannya yang tersendiri ke atas sesuatu perkara atau benda.
No comments:
Post a Comment